Tuesday, 29 September 2015

DTK1A









Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami pelajar dari politeknik tuanku sultanah bahiyah dari kelas dtk1a ingin menerangkan kepada anda secara ringkas mengenai pembentukan malaysia. Terdapat beberapa perkara yang harus dijadikan iktibar untuk generasi zaman sekarang yang semakin hari semakin lupa akan perjuangkan orang zaman dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. Kami harap dengan blog kami ini dapat membantu anda memahami konsep pembentukan malaysia.

Video













Nota

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

JAK dibentuk untuk merangka syarat-syarat Persekutuan. JAK dianggotai oleh
a) Lord Landsdowne (Pengerusi)
b) Tun Abdul Razak Hussein (Tim. Pengerusi)
c) Wakil-wakil kerajaan British
d) Wakil-wakil Sabah, Sarawak dan Brunei.


Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan JPPM. Perlembagaan yang dibentuk telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963 (Rujuk lampiran). Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah:


a) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
b) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahu selepas kemasukan ke dalam persekutuan.
c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat.
d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.

Monday, 28 September 2015

Galeri













Kesimpulan

Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahan Singapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Pembentukan Malaysia

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadagan itu kerana Singapura diketepikan.

Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah – wilayah itu dipereratkan hubungannya dari segi politik.

  • Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan Persekutuan Tanah Melayu. MIsalnya, Parti Tindakan Rakyat ( PETIR ) dan David Marshall iaitu Ketua Menteri pertama ( 1955 ) juga menyarankan konsep persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, Tan Sri Mohammmad Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Dato’ Tan Cheng Lock pada tahun 1955 juga menyarankan konsep yang sama.


  • Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman Putra
  • Al-haj ( Ketua Menteri Semenanjung Tanah Melayu ) pada tahun 1955, mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan ‘ Tanah Melayu Raya’ yang merupakan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, danSarawak.

  • Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British, iaitu Singapura,Brunei, Sabah, dan Sarawak.

  • Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadagan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.

  • Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan dengan Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan kemerdekaan yang awal dan daapt menyekay pengaruh komunis. Cadagan itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan keseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.

  • Cadagan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah danSarawak untuk mengemukakan pandagan memandankan mereka masih menetang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerina gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.

  • Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diteriam oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjajian Malaysiatelah ditandatangani di London bersama 4 aggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.

Istihar Malaysia

Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia. Beberapa rundingan

· Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo.

· Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila.


Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.


Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga – tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa –bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Antara isi laporannya ialah :

· Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuaan Malaysia.

· Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.


Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditundakan. Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

Reaksi negara ASEAN

Terdapat tentangan yang perlu dihadapi dari 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina memprotes pembentukan Malaysia dan Indonesia pulacuba menghalang pembentukan Malaysia.


 FILIPINA


Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.


INDONESIA

Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.


Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.

Proses pembentukan malaysia


Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukanini memuaskan hati semua pihak

  • PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)


Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut.


Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.


Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas akan konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan pembentukanMalaysia ini. Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.


Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff, Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.


  • SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.


Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa dengan memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri) ke dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat Negara-negara yang berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.


Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah serta telah menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan. Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak ) memorandum yang dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-pemimpin agama mahupun orang perseorangan. Daripada keseluruhan kerja atau tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan secara menyeluruh dan mewakili sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.


Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:


a. 1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat
b. 1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
c. 1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.

Faktor faktor pembentukan malaysia






  • Mengelak ancaman dan pengaruh bugis 
  • Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura 
  • Perkongsian faedah ekonomi 
  • Membela masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak 
  • Menjaga kepentingan hak kaum Bumiputera di semua wilayah terbabit